Duta Perancis di Niger ‘dijadikan tebusan’, kata Macron

Duta Perancis di Niger ‘dijadikan tebusan’, kata Macron

Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata pemimpin Niger tidak membenarkan bekalan segar masuk ke pekarangan kedutaan.

(Gambar AP)
ATHENS:
Di bawah pentadbiran ketenteraan baharu Niger, duta Perancis “dijadikan tebusan,” kata Presiden Emmanuel Macron.

“Di Niger, semasa saya bercakap dengan anda, kami mempunyai seorang duta dan anggota diplomatik yang benar-benar dijadikan tebusan di Kedutaan Perancis,” kata Emmanuel Macron semasa lawatan ke bandar barat laut Semur-en-Auxois, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik penyiar BFMTV.

Memandangkan pemimpin Niger tidak membenarkan bekalan segar masuk ke perkarangan kedutaan, duta itu terpaksa makan hanya catuan tentera, tambahnya.

Niger terjerumus ke dalam kekacauan pada 26 Julai, apabila Jen Abdourahamane Tchiani, bekas komander pengawal presiden, mengetuai campur tangan tentera yang menggulingkan Presiden Mohamed Bazoum.

Pada penghujung Ogos, pentadbiran tentera Niger mengarahkan Duta Sylvain Itte diusir tetapi Paris menolak.

Pentadbiran tentera juga mengambil alih kuasa di Burkina Faso pada 2022 dan di Mali pada 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.