
MOSCOW: Nama pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tersenarai dalam laman sesawang neo-Nazi Ukraine Myrotvorets (Peacemaker), lapor Sputnik.
Menurut laman sesawang itu, antara alasan pemimpin itu tersenarai disebabkan ancaman nuklear, pelaksanaan program nuklear dan peluru berpandu serta jenayah siber.
Pemimpin itu dimasukkan dalam senarai “pengganas pro-Rusia, pemisah, askar upahan, penjenayah perang dan pembunuh” pada 6 Sept lalu.
Laman itu menerbitkan data peribadi wartawan, tentera dari Donetsk dan Luhansk serta lain-lain yang pencipta laman sesawang itu anggap sebagai “musuh Ukraine”.
Individu tersenarai dalam pangkalan data itu dikatakan menerima ancaman selepas butiran mengenai kaitan mereka diterbitkan di laman sesawang terbabit.