
Susulan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Raja Mohammed VI, Mahkamah Diraja Maghribi, dalam kenyataan berkata kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira USD3,000) kepada keluarga terjejas akibat gempa bumi itu, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan kewangan langsung sebanyak 140,000 dirham (kira-kira USD14,000) akan diberikan untuk rumah yang roboh sepenuhnya dan 80,000 dirham (kira-kira USD8,000) untuk rumah yang sebahagiannya runtuh, menurut kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya 2,946 terbunuh dan 5,674 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran tujuh pada skala Richter.
Gempa bumi itu adalah yang paling kuat melanda negara Afrika Utara itu dalam tempoh seabad, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi.