4 maut dirempuh kereta api di Sepanyol

4 maut dirempuh kereta api di Sepanyol

Kejadian berlaku di pinggir bandar berhampiran Barcelona.

Empat orang awam dilaporkan maut dirempuh kereta api ketika cuba menyeberangi landasan berhampiran stesen Montmelo, Barcelona. (Gambar AP)
MADRID:
Empat orang maut selepas dirempuh kereta api di pinggir bandar berhampiran Barcelona, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Perlindungan Awam pada awalnya telah melaporkan tiga maut manakala seorang cedera dalam kejadian pada Ahad malam.

Tetapi kemudian dalam satu catatan di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, agensi itu menyatakan seorang mangsa yang cedera telah meninggal dunia.

Sekumpulan tujuh orang telah cuba menyeberangi landasan berhampiran stesen Montmelo, dalam kawasan metropolitan Barcelona, ketika waktu gelap di kawasan yang tidak dibenarkan melintas.

Kemalangan sering berlaku apabila orang ramai memilih cuba menyeberangi landasan kereta api berbanding menggunakan laluan pejalan kaki disediakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.