
Menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea Selatan, Presiden Yoon Suk-yeol melawat negara Asia Tenggara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur, lapor Agensi Berita Yonhap.
Persatuan kuasa nuklear kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi pertukaran maklumat mengenai penjanaan kuasa nuklear, dengan tumpuan kepada reaktor modular kecil (SMR).
Jakarta bercadang untuk memperkenalkan SMR baharu menjelang 2039.
Indonesia diwakili oleh 17 ahli perniagaan dan ketua Dewan Perniagaan Indonesia, menteri penyelaras bagi hal ehwal maritim dan pelaburan serta menteri kesihatan.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa, Indonesia muncul sebagai ekonomi Asean terbesar tahun lepas, mendahului Thailand, Singapura, Malaysia, Vietnam dan Filipina.
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Indonesia mencecah USD1.3 trilion, iaitu 36% daripada keseluruhan KDNK Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.