Ketua tentera Sudan keluar dekri bubar Rapid Support Forces

Ketua tentera Sudan keluar dekri bubar Rapid Support Forces

Abdel Fattah al-Burhan mengarahkan demikian susulan pemberontakan pasukan itu serta sabotaj infrastruktur negara.

Ribuan rakyat Sudan terbunuh dan lebih empat juta hilang tempat tinggal sejak perang antara tentera negara itu dengan RSF, bermula April lalu. (Gambar Reuters)
ANKARA:
Ketua tentera Sudan Abdel Fattah al-Burhan mengeluarkan dekri membubarkan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) pada Rabu.

Al-Burhan yang mempengerusikan Majlis Kedaulatan, mengarahkan kepimpinan angkatan tentera dan pihak berkuasa berkenaan melaksanakan dekri Perlembagaan untuk membubarkan RSF, menurut Agensi Anadolu.

“Keputusan itu dibuat susulan pemberontakan pasukan berkenaan ke atas negara dan pelanggaran berat yang mereka lakukan terhadap rakyat, serta sabotaj yang disengajakan terhadap infrastruktur negara,” menurut kenyataan Majlis Kedaulatan.

Terdahulu, Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas pemimpin kanan dan komander RSF, Abdelrahim Hamdan Dagalo.

Sejak permulaan perang antara RSF dan angkatan bersenjata Sudan pada 15 April, beribu-ribu rakyat terbunuh dan lebih empat juta lagi hilang tempat tinggal, terutama di Khartoum dan Darfur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.