Kapal angkasa Starship sedia dilancar, tunggu kelulusan agensi AS

Kapal angkasa Starship sedia dilancar, tunggu kelulusan agensi AS

CEO SpaceX Elon Musk berkata Starship sudah ditempatkan pada pad pelancaran di Starbase, Texas.

Elon Musk berkata pelancaran kapal angkasa itu mempunyai kira-kira 60% kebarangkalian memasuki orbit. (Gambar AP)
MOSCOW:
Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk berkata syarikat itu sedang menunggu kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS untuk melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship, lapor Sputnik.

“Starship sedia untuk dilancarkan, menunggu kelulusan lesen FAA,” kata Musk di platform X (dahulunya dikenali Twitter).

SpaceX mendedahkan bahawa pihaknya telah “menempatkan Starship sepenuhnya pada pad pelancaran di Starbase” di Texas.

SpaceX menjalankan pelancaran gabungan pertama kapal angkasa Starship dan penggalak peringkat pertama Super Heavy pada April.

Musk berkata pada akhir Jun bahawa SpaceX akan melancarkan satu lagi kapal angkasa Starship dalam masa kira-kira enam minggu, sambil menambah bahawa pelancaran baharu itu mempunyai kira-kira 60% kebarangkalian untuk memasuki orbit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.