Kes cacar monyet meningkat di Bangkok

Kes cacar monyet meningkat di Bangkok

Terdapat peningkatan kes cacar monyet di Bangkok pada Ogos dengan kira-kira 80 kes dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Bangkok kini sedang memantau rapi jangkitan cacar monyet yang dilaporkan meningkat. (Gambar Bernama)
BANGKOK:
Bangkok memantau rapi kes berkaitan cacar monyet memandangkan jumlah jangkitan di negara itu terus meningkat.

Timbalan Gabenor Bangkok, Tavida Kamolvej, berkata terdapat peningkatan kes cacar monyet di Bangkok pada Ogos, dengan kira-kira 80 kes dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Berita Thai (TNA).

Data menunjukkan bahawa kes tertumpu di kawasan yang popular di kalangan pelancong.

Berita terkini menunjukkan bahawa individu yang dijangkiti kebanyakannya golongan muda dan remaja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.