Iran kini anggota BRICS

Iran kini anggota BRICS

Negara itu menyertai Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan sebagai ahli penuh.

Iran secara rasmi menjadi anggota BRICS iaitu kesatuan ekonomi sedang pesat membangun. (Gambar AP)
TEHRAN:
Iran secara rasmi menjadi anggota BRICS iaitu kesatuan ekonomi sedang pesat membangun, kata Timbalan Ketua Staf Hal Ehwal Politik Presiden Iran.

Iran menyertai kumpulan BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan sebagai ahli penuh, kata Mohammad Jamshidi di laman X, lapor IRNA.

Keahlian penuh BRICS disifatkan pencapaian bersejarah dan kejayaan strategik dalam dasar luar Iran, kata Jamshidi.

Sidang kemuncak XV BRICS yang berlangsung selama tiga hari mulai 22 Ogos sedang berlangsung di Johannesburg, di timur laut Afrika Selatan.

Presiden Iran Ebrahim Raisi menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.