18 mayat ditemukan rentung di taman negara Greece

18 mayat ditemukan rentung di taman negara Greece

Bomba percaya semua mayat itu merupakan pendatang asing tanpa izin susulan kebakaran di kawasan timur laut.

Pendatang asing dikatakan sering menjadikan kawasan hutan Taman Negara Dadia sebagai lokasi persembunyian. (Gambar AP)
ATHENS:
Lapan belas mayat rentung dipercayai terdiri daripada pendatang ditemukan di Taman Negara Dadia, Greece, kata seorang jurucakap perkhidmatan bomba.

Giannis Artopoios berkata: “Memandangkan tiada yang dilaporkan hilang, kami mengandaikan mereka merupakan pendatang tanpa izin.”

Kebakaran marak di kawasan timur laut Greece selama beberapa hari, serta di beberapa bahagian lain di negara itu, lapor Agensi Berita dpa.

Pendatang yang memasuki Greece dari Turki melalui sungai di sempadan Evros, sering ditemukan bersembunyi di kawasan hutan Dadia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.