Iran lulus undang-undang hijab kontroversi

Iran lulus undang-undang hijab kontroversi

Peraturan itu memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian termasuk hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda lebih USD5,450.

Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun. (Gambar AP)
TEHRAN:
Satu rang undang-undang kontroversi di Iran yang mengukuhkan etika berpakaian ketat telah diluluskan oleh jawatankuasa parlimen khas, lapor Agensi Berita Tasnim yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.

Peraturan itu, yang belum berkuat kuasa, memperuntukkan hukuman berat bagi mereka yang tidak mengendahkan kod berpakaian.

Dalam kes tertentu, hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda boleh mencecah lebih €5,000 (USD5,450).

Wanita asing yang menentang undang-undang boleh diusir dari negara itu. Menghina wanita berhijab boleh dikenakan penjara enam bulan dan 74 sebatan.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus dalam semua perkara strategik, turut dirujuk untuk undang-undang baharu itu dan menegaskan bahawa memakai hijab adalah kewajipan agama.

Pada masa sama, wanita memakai tudung yang tidak sesuai bukan menentang agama dan revolusi, katanya baru-baru ini.

Memakai hijab telah menjadi undang-undang di Iran selama lebih dari 40 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.