
NEW DELHI: Sembilan anggota tentera India maut selepas trak dinaiki mereka terjatuh ke gaung di wilayah Ladakh pada Sabtu.
Kenderaan itu membawa 10 anggota, termasuk pemandu, dari bandar Leh ke Nyoma di selatan Ladakh, apabila ia terbabas dari jalan di kawasan Kiari, menurut laporan tempatan.
Trak itu merupakan sebahagian daripada konvoi tiga kenderaan tentera.
“Sedih dengan kehilangan anggota tentera India akibat kemalangan berdekatan Leh di Ladakh. Kami tidak akan melupakan perkhidmatan mereka kepada negara kami. Ingatan saya bersama keluarga dalam kesedihan,” kata Menteri Pertahanan, Rajnath Singh.