18 maut bas terhumban dalam gaung di Mexico

18 maut bas terhumban dalam gaung di Mexico

Menurut pejabat pendakwa raya negeri Nayarit di barat Mexico, seramai 20 penumpang lagi cedera dan dirawat di hospital.

Sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung sedalam 40 meter di Mexico yang meragut 18 nyawa. (Gambar Reuters)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung sedalam 40 meter di Mexico pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pejabat pendakwa raya negeri Nayarit di barat Mexico, seramai 20 penumpang lagi yang cedera, dirawat di hospital.

Kebanyakan penumpang bas itu yang dalam perjalanan dari Mexico City ke bandar sempadan Tijuana, terdiri daripada warga India, Afrika dan Republik Dominican yang dalam perjalanan ke Amerika Syarikat.

Polis menahan pemandu bas itu yang dipercayai memandu laju.

Setiap tahun, beratus ribu pendatang dari Amerika Tengah dan Selatan, Caribbean dan bahagian lain di dunia cuba menyeberangi sempadan di utara Mexico itu untuk masuk ke Amerika Syarikat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.