
Motif di sebalik serangan Kyota Hattori, seperti yang didedahkan oleh Hakim Yu Takeshita, adalah hasratnya untuk membunuh diri dengan cara dihukum mati setelah bekas kekasihnya berkahwin dan mendapat tempat kerja baharu.
Hakim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Hattori, melabelkannya sebagai “kejam dan menjijikkan”, lapor Jiji Press.
Tambahnya, Hattori telah melakukan “jenayah atas kepentingan diri sendiri, menyasarkan nyawa ramai penumpang yang kebetulan berada di dalam kereta api yang sama”.
Lelaki itu menghadapi tuduhan cubaan membunuh 13 penumpang dalam serangan di kereta api Keio Line Keio Corp.
Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara 25 tahun, manakala pihak pembelaan berhujah bahawa hukuman 12 tahun lebih sesuai memandangkan perbuatan membakar tidak sama dengan cubaan membunuh.
Mahkamah mendapati Hattori turut bersalah menikam seorang lelaki sehingga mengancam nyawanya.
Pada 31 Okt 2021, kira-kira jam 7.55 malam, Hattori cuba membunuh penumpang berusia 70-an dengan menggunakan pisau, seterusnya menyimbah petrol ke arah 10 penumpang lain dan menyalakan pemetik api dengan niat untuk menyebabkan kematian, seperti dinyatakan dalam keputusan mahkamah.