
Letupan itu berlaku dalam perhimpunan parti konservatif, Jamiat Ulema Islam-Fazl (JUI-F) di daerah Bajaur yang bersempadanan Afghanistan.
Ketua polis wilayah, Akhtar Hayat berkata, letupan bom itu disebabkan pengebom berani mati.
Ketua Polis Bajaur, Nazir Khan berkata, kecemasan diisytiharkan di beberapa hospital Bajaur dan kawasan berdekatan, dengan mangsa kritikal diterbangkan dari Bajaur ke hospital di wilayah Peshawar menggunakan helikopter tentera.
“JUI-F menganjurkan konvensyen pekerja di bandar Khar, daerah Bajaur dengan 40 orang terbunuh dan lebih 130 lagi cedera,” kata Khan.
Serangan militan Islam di Pakistan muncul semula sejak tahun lalu selepas gencatan senjata antara Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) dan Islamabad gagal.
Tetapi, kebanyakan serangan baru-baru ini dilancarkan ke atas pasukan keselamatan, bukannya perhimpunan politik.
JUI-F adalah sekutu utama kerajaan campuran Perdana Menteri, Shehbaz Sharif yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya nasional menjelang November ini.