SpaceX lancar 22 satelit Starlink ke orbit

SpaceX lancar 22 satelit Starlink ke orbit

Roket Falcon berjaya melancarkan 22 lagi satelit ke orbit selepas dua pembatalan akibat cuaca buruk.

Falcon 9 melancarkan 22 satelit Starlink dari pad pelancaran SLC-40, di Cape Canaveral, Florida pada Ahad. (Gambar Facebook)
MOSCOW:
Roket Falcon 9 milik SpaceX berjaya melancarkan 22 lagi satelit Starlink ke orbit selepas dua pembatalan, umum syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) itu pada Isnin, lapor Sputnik.

“Falcon 9 melancarkan 22 satelit (Starlink) dari SLC-40 (pad pelancaran di hujung utara Cape Canaveral) di Florida,” ciap syarikat itu sambil menambah, penempatan semua satelit telah disahkan.

Pelancaran pada Ahad ditangguhkan dua kali kerana cuaca buruk.

Starlink ialah rangkaian satelit yang ditubuhkan untuk menyediakan akses internet jalur lebar ke seluruh dunia.

Setakat kini, terdapat 4,200 satelit Starlink di orbit Bumi sejak projek itu diuruskan pemilik SpaceX, Elon Musk sejak 2018.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.