
Seorang konduktor kereta api berusia 20-an dan dua penumpang lelaki berusia 20-an serta 70-an yang mengalami kecederaan tidak mengancam nyawa, dibawa ke hospital, kata Tetsuya Sakagami dari Jabatan Bomba berdekatan kepada AFP.
Suspek lelaki berusia 37 tahun itu yang bersenjatakan tiga bilah pisau itu, ditahan di stesen Bandar Rinku di wilayah Osaka, polis tempatan memberitahu AFP.
Polis masih menyiasat motif serangan, selepas suspek ditahan kerana cubaan membunuh dan mengaku melakukan serangan pada pagi Ahad itu.
Jenayah ganas jarang berlaku di Jepun, yang mempunyai kadar pembunuhan rendah dan undang-undang senjata api paling ketat di dunia.
Tetapi, terdapat beberapa kes tikaman dan tembakan, termasuk pembunuhan bekas perdana menteri, Shinzo Abe pada tahun lalu.
Pada 2021, seorang lelaki berusia 24 tahun yang berpakaian menyerupai penjahat buku komik, Joker didakwa menikam seorang penumpang dan membakar sebuah kereta api di Tokyo ketika sambutan Halloween.
Keputusan kes itu dijangka diumumkan 31 Julai ini.