
Pendakwa raya Sonora berkata, siasatan awal menunjukkan suspek lelaki muda itu sangat mabuk ketika kejadian pada awal pagi Sabtu dan diusir dari bar terbabit kerana tidak menghormati pelanggan wanita.
Dia kembali ke tempat kejadian dan melempar bom petrol ke pintu bar itu, menurut kenyataan pendakwa raya di negeri itu yang berkongsi sempadan dengan Arizona.
Empat daripada 11 mangsa korban ialah wanita, manakala empat lagi mangsa cedera dirawat di hospital.
Seorang daripada wanita itu ialah warganegara Amerika Syarikat, dua lagi mangsa mungkin warga Mexico dan seorang mangsa korban hanya berusia 17 tahun, kata Gustavo Romulo Salas, peguam negeri itu dalam sidang media.
Datuk Bandar Sonora, Santos Gonzalez berkata suspek lelaki itu sudah ditahan polis.