
Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, Kawthaung yang terletak di wilayah Tanintharyi merekodkan 253mm curahan hujan, melepasi angka 232mm yang dicatatkan pada Julai 2021.
Jabatan Bomba melaporkan hujan lebat dan angin kencang menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di bandar Kawthaung, Dawei dan Myeik pada Selasa.
Seorang lelaki di Myeik meninggal dunia pada Selasa akibat ditimpa pokok, lapor media tempatan memetik organisasi penyelamat.
Selain itu, beberapa bandar di negeri Mon, yang berkongsi sempadan dengan wilayah Tanintharyi, turut dilanda banjir, memaksa penduduk dipindahkan.
Biro cuaca Myanmar mengeluarkan amaran peningkatan paras air di beberapa sungai yang mungkin kekal melebihi paras bahaya untuk tempoh dua hari lagi.