
Inisiatif Bijirin Laut Hitam, yang ditaja Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu mengurangkan krisis makanan global selepas konflik Rusia-Ukraine, tamat pada Isnin.
Moscow berkata, perjanjian itu telah tamat dan ia tidak akan diperbaharu melainkan syaratnya dipenuhi.
“Walaupun kenyataan dibuat hari ini, saya percaya Presiden Rusia (Vladimir) Putin mahukan kesinambungan jambatan kemanusiaan ini,” kata Erdogan, merujuk kepada perjanjian itu.
Erdogan bercakap kepada media di lapangan terbang Istanbul sebelum memulakan lawatan ke Arab Saudi.
Beliau telah menghubungi Putin sebelum lawatan pemimpin Rusia itu ke Turki.
Minggu lalu, Erdogan berkata Putin mungkin melawat Turki pada Ogos.
PBB dan Turki menjadi perantara Inisiatif Bijirin Laut Hitam dengan Rusia dan Ukraine untuk menyediakan koridor maritim kemanusiaan untuk kapal dengan eksport makanan dan baja dari tiga pelabuhan Laut Hitam Ukraine yang ditetapkan pada Julai 2022.