
DHAKA: Sekurang-kurangnya empat lemas selepas sebuah bot dinaiki 20 orang karam di Sungai Buriganga, dekat Dhaka, Bangladesh pada Ahad, kata jurucakap bomba.
Kebanyakan penumpang dipercayai berenang ke darat ketika bas air itu karam dekat tebing, kata pegawai bomba Anwarul Islam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan, selepas empat mayat ditemui dan tujuh mangsa terselamat dihantar ke hospital, kata pegawai polis Sahabuddin Kabir kepada Reuters.
Saksi berkata, ratusan orang berkumpul di tebing ketika pasukan SAR yang menaiki sejumlah bot mencari di sungai dengan lampu suluh.