6 maut serangan pisau di tadika China

6 maut serangan pisau di tadika China

Seorang suspek berusia 25 tahun ditahan dalam kejadian berdarah itu.

Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam serangan pisau di bandar Hengshan, selatan wilayah Guangdong. (Gambar Facebook)
ISTANBUL:
Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin.

Insiden itu berlaku di bandar Hengshan di bandar Lianjiang di selatan wilayah Guangdong, lapor Agensi Anadolu memetik South China Morning Post.

Biro Keselamatan Awam Lianjiang menyifatkan serangan itu sebagai “serangan yang disengajakan” dan polis telah menahan seorang suspek berusia 25 tahun dikenali Wu.

Dia dikatakan menggunakan pisau dalam serangan itu.

Pihak berkuasa berkata kejadian berlaku kira-kira 7.40 pagi, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.