
“Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul,” pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Sheikh Shahabuddin Delawar dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Bakhtar .
Delawar berucap pada majlis perasmian telaga petroleum Qashqari di wilayah Sar-e-Pul.
Qashqari mempunyai 10 telaga dan 200 tan minyak sedang diekstrak daripada sembilan telaga setakat ini, lapor Kabul Times, memetik kenyataan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.
Taliban berharap dapat meningkatkan kapasiti pengekstrakan dari Qashqari kepada lebih 1,000 tan.
Tahun lepas, Taliban menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat China untuk mengekstrak minyak dari Sar-e-Pul.
Pada Januari, kerajaan sementara itu juga menandatangani kontrak 25 tahun dengan firma China untuk mengeluarkan minyak dari lembangan Sungai Amu dan membangunkan rizab minyak di utara.
Mengikut kontrak, syarikat China akan melabur USD150 juta pada tahun pertama dan meningkat kepada USD540 juta dalam tempoh tiga tahun.
Afghanistan dianggarkan memiliki sumber yang belum diterokai bernilai lebih USD1 trilion, yang menarik minat pelabur asing, menurut Agensi Berita Bakhtar.