Selisih faham dasar imigresen, kerajaan Belanda tumbang

Selisih faham dasar imigresen, kerajaan Belanda tumbang

PM Belanda paling lama berkhidmat, Mark Rutte mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat.

Kejatuhan kerajaan gabungan di Belanda menamatkan penggal keempat Jemaah Menteri diketuai Mark Rutte yang mengangkat sumpah pada 10 Jan 2022. (Gambar AP)
LONDON:
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte mengumumkan peletakan jawatannya pada Jumaat selepas kerajaan gabungan empat parti tumbang akibat perselisihan faham mengenai dasar imigresen, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan perdana menteri Belanda yang paling lama berkhidmat untuk berundur dibuat selepas kejatuhan gabungan parti pemerintah yang gagal mencapai persetujuan tentang cara menangani pencari suaka yang memasuki negara itu.

Selepas berhari-hari rundingan antara anggota Jemaah Menteri utama yang diketuai oleh Rutte, perjanjian masih tidak dapat dicapai, lapor NL Times sebelum ini, memetik sumber.

Kejatuhan kerajaan gabungan itu menamatkan penggal keempat Jemaah Menteri Rutte yang mengangkat sumpah pada 10 Jan 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.