
Kementerian itu, menerusi kenyataan yang dipetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA), berkata langkah itu seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
Permohonan e-visa umrah boleh dikemukakan melalui platform Nusuk supaya jemaah dapat tiba di negara itu seawal 19 Julai.
Menurut laporan itu, Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam dari seluruh dunia untuk mengunjungi Mekah dan Madinah, selain menyediakan pilihan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan menerusi peta interaktif dalam beberapa bahasa.
Kementerian sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusuk.
Menurut kementerian, fasiliti yang diberikan kepada para jemaah adalah sebahagian daripada perundangan baharu kementerian, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63% sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.
Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.
Prosedur umrah yang dikemas kini itu juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa pengiring lelaki (mahram).
Peraturan baharu itu turut membenarkan jemaah atau pengunjung melawat lokasi unik di Arab Saudi untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan agama.