Australia gubal akta denda firma media sosial sebar berita palsu

Australia gubal akta denda firma media sosial sebar berita palsu

Penalti maksimum atas kegagalan memerangi maklumat salah ialah AUD2.75 juta.

Di bawah undang-undang dicadangkan itu, platform digital akan dipaksa memadam kandungan memudaratkan. (Gambar Pixabay)
SYDNEY:
Australia akan mengeluarkan draf undang-undang pada Ahad bagi mendenda syarikat media sosial atas kegagalan memadam maklumat salah dan palsu daripada platform mereka, menurut The Age.

Di bawah undang-undang dicadangkan itu, kerajaan akan melaksanakan peraturan baharu terhadap syarikat berulang kali gagal memerangi maklumat salah atau “standard” seluruh industri bagi memaksa platform digital memadam kandungan memudaratkan, lapor akhbar itu.

Penalti maksimum bagi pelanggaran sistematik kod itu ialah AUD2.75 juta (USD1.8 juta) atau 2% perolehan global, mana lebih tinggi.

“Kerajaan komited memastikan rakyat Australia selamat dalam talian dan ia termasuk memastikan ACMA mempunyai kuasa diperlukan untuk platform digital bertanggungjawab terhadap maklumat salah dan palsu mengenai perkhidmatan mereka,” kata Menteri Komunikasi,Michelle Rowland.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.