Indonesia tangguh sementara polisi tanpa visa untuk 159 negara

Indonesia tangguh sementara polisi tanpa visa untuk 159 negara

Keputusan ini bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit, menurut Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia mengeluarkan perintah untuk menangguhkan polisi lawatan tanpa visa bagi 159 negara. (Gambar Reuters)
ANKARA:
Indonesia menggantung polisi lawatan tanpa visa untuk 159 negara susulan kebimbangan mengenai “gangguan ketertiban awam dan potensi penularan penyakit,” lapor Anadolu, memetik media tempatan pada Ahad.

Perintah untuk menangguhkan polisi lawatan tanpa visa (BVK) itu dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, lapor Bali Times.

Menurut kementerian, keputusan ini bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit dari negara-negara yang tidak mendapat sijil bebas penyakit dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada masa ini, hanya 10 negara Asean, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam terkecuali daripada peraturan itu.

Pengunjung dari negara-negara ini boleh tinggal di Indonesia sehingga 30 hari dengan pasport dan tiket pelepasan yang disahkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.