Polis maut ditembak di Pattani

Polis maut ditembak di Pattani

Lelaki bertudung melepaskan tembakan ke arah mangsa yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api.

Seorang anggota polis berusia 22 tahun maut ditembak di Khok Pho, Pattani. (Gambar Thailand Post English)
PATTANI:
Seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api maut ditembak sekumpulan lelaki di Khok Pho, Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari Sabtu, anggota polis berusia 22 tahun itu bersama dua lagi pegawai State Railway of Thailand (SRT) sedang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api.

Ketua Polis Na Pradu, Chatchai Chanasit, berkata enam lelaki yang menyamar sebagai wanita lengkap bertudung, menunggang tiga buah motosikal telah melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal terbabit.

“Anggota polis itu terkena tembakan di bahagian kepala dan badan manakala dua lagi pegawai SRT dilaporkan selamat. Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Khok Pho kemudian disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau menambah bahawa suspek turut merampas pistol milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.