2 pesawat bertembung di Lapangan Terbang Haneda Tokyo

2 pesawat bertembung di Lapangan Terbang Haneda Tokyo

Penerbangan Thai Airways dan sebuah pesawat EVA Air bertembung di Landasan A Lapangan Terbang Haneda kira-kira 11 pagi waktu tempatan.

Dua pesawat penumpang bertembung di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Sabtu namun tiada laporan mengenai kecederaan setakat ini. (Gambar AP)
TOKYO:
Dua pesawat penumpang dilapor bertembung berhampiran jalan rayap di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada Sabtu, menurut kementerian pengangkutan Jepun.

Penerbangan Thai Airways yang menuju ke Bangkok dan sebuah pesawat EVA Air bertembung di Landasan A Lapangan Terbang Haneda kira-kira 11 pagi waktu tempatan, Xinhua memetik laporan media tempatan.

Menurut rakaman Tokyo Broadcasting System Television, kedua-dua pesawat itu masih berada di landasan.

Sebahagian sayap pesawat Thai Airways patah dan serpihannya dapat dilihat berhampiran landasan, menurut penyiar NHK.

Lapangan terbang itu telah menutup landasan berdekatan lokasi kejadian dan tiada laporan mengenai kecederaan setakat ini.

Beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa mengalami kelewatan susulan insiden itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.