Kutip dana bantu pejuang pro Rusia, wanita Ukraine dipenjara 11 tahun

Kutip dana bantu pejuang pro Rusia, wanita Ukraine dipenjara 11 tahun

Wanita itu ditahan pada Disember semasa operasi menyasarkan pensabotaj.

Wanita Ukraine itu didakwa mengutip dana untuk membantu dua saudaranya yang menyertai puak pemisah di wilayah Donetsk, pada 2016, melawan tentera
KYIV:
Seorang wanita dari Odessa Ukraine, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun empat bulan kerana mengumpul dana untuk pejuang pro-Rusia, menurut perkhidmatan perisikan Ukraine SBU, lapor agensi berita Jerman (dpa).

SBU menyiarkan keputusan mahkamah itu di saluran Telegramnya pada Selasa.

Wanita itu didakwa membuat rayuan mengutip dana di media sosial untuk pejuang di wilayah Donetsk yang diduduki Rusia.

Dia ditahan pada Disember semasa operasi menyasarkan pensabotaj.

Wanita itu didakwa membantu dua saudaranya yang menyertai puak pemisah di wilayah Donetsk pada 2016 untuk memerangi tentera Ukraine.

Pertempuran di timur Ukraine bermula pada 2014 selepas kejatuhan Presiden Ukraine Viktor Yanukovych.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.