11 maut dalam runtuhan salji di Pakistan

11 maut dalam runtuhan salji di Pakistan

Lapan mayat ditemui setakat ini, sementara usaha mencari mereka yang hilang masih diteruskan.

Runtuhan salji itu berlaku berhampiran Shounter Valley Pass di Tapak Perkhemahan Bakarwal, wilayah Gilgit Baltistan. (Gambar Pexels)
ISLAMABAD:
Sekurang-kurangnya 11 maut, manakala 13 lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di utara Pakistan, lapor Agensi Anadolu.

Kejadian itu berlaku berhampiran Shounter Valley Pass di Tapak Perkhemahan Bakarwal, wilayah Gilgit Baltistan, menurut kerajaan wilayah dalam kenyataan pada Sabtu.

“Semasa kejadian itu, 25 orang daripada keluarga Gujjar, termasuk haiwan ternakan…ditimpa runtuhan salji,” katanya.

Lapan mayat ditemui setakat ini, sementara usaha mencari mereka yang hilang masih diteruskan.

Menurut kenyataan itu, mangsa cedera dibawa ke Hospital Daerah Astore, di mana sebahagiannya dilaporkan kritikal.

Pegawai penyelamat tempatan berkata, lokasi terpencil dan bentuk muka bumi menyebabkan pasukan penyelamat berdepan cabaran memindahkan jentera berat ke kawasan terjejas.

Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dukacita dengan kehilangan nyawa itu dan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.