Gelombang baharu Covid-19 diramal cecah 65 juta kes seminggu

Gelombang baharu Covid-19 diramal cecah 65 juta kes seminggu

Pakar epidemiologi berkata tahap imuniti rakyat negara itu berdepan jangkitan semakin menurun.

China berdepan gelombang baharu Covid-19 walaupun 80 hingga 90% daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti wabak itu semasa gelombang pada Disember dan Januari. (Gambar AP)
BEIJING:
Jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan di Beijing sejak empat minggu lalu ketika gelombang baharu virus itu melanda China, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Jumaat, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Sekolah di beberapa bahagian negara itu telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Pakar epidemiologi China, Zhong Nanshan, menjangkakan kira-kira 65 juta kes jangkitan baharu setiap minggu pada akhir Jun, menurut media kerajaan.

Zhong menjangkakan, kini terdapat kira-kira 40 juta kes baharu setiap minggu.

Walaupun antara 80 dan 90% daripada 1.4 bilion penduduk China dipercayai telah dijangkiti semasa gelombang Disember dan Januari, pakar itu berkata, tahap imuniti kini semakin menurun.

Belum ada angka rasmi jumlah kematian akibat virus itu pada musim sejuk, namun pakar asing meletakkan angkanya pada sekitar satu juta.

Pihak berkuasa tidak menjangkakan gelombang jangkitan seperti sebelumnya, namun memberi amaran orang tua dan berpenyakit berhadapan risiko dijangkiti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.