Gelombang haba di New Delhi, suhu cecah 46 darjah Celcius

Gelombang haba di New Delhi, suhu cecah 46 darjah Celcius

Susulan gelombang panas itu keadaan lalu lintas agak lengang dan sekolah di Maharashtra, Odisha dan West Bengal ditutup.

Menurut data pusat meteorologi serantau di New Delhi, suhu di bandar Najafgarh dan Kompleks Sukan Komanwel direkodkan pada 46.2 darjah celcius. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Beberapa kawasan di New Delhi pada Isnin dilaporkan mengalami gelombang haba apabila suhu maksimum direkodkan pada 46 darjah Celcius.

Menurut data pusat meteorologi serantau di New Delhi, suhu di bandar Najafgarh dan Kompleks Sukan Komanwel direkodkan pada 46.2 darjah Celcius, lapor Xinhua.

Sebelum ini, pada Ahad bandar di Najafgarh mencatatkan suhu 46.3 darjah Celcius.

Pegawai jabatan cuaca berkata gelombang haba direkodkan apabila suhu maksimum ialah 45 darjah Celsius atau lebih.

Balai cerap di Narela, Pitampura dan Pusa mencatatkan lebih 45 darjah Celcius, manakala Ayanagar dan Ridge melaporkan lebih 44 darjah Celsius.

Susulan gelombang panas itu keadaan lalu lintas agak lengang dan sekolah di Maharashtra, Odisha dan West Bengal ditutup.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.