Pemimpin pembangkang Greece mengaku kalah pilihan raya Parlimen

Pemimpin pembangkang Greece mengaku kalah pilihan raya Parlimen

Parti berhaluan kiri, Syriza hanya memenangi 71 daripada 300 kerusi berbanding 146 kerusi dimenangi parti pemerintah, selepas lebih 90% undi dikira.

Alexis Tsipras (kiri) mengucap tahniah kepada Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy.
ATHENS:
Pemimpin pembangkang Greece, Alexis Tsipras mengucap tahniah kepada Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy dalam pilihan raya Parlimen pada Ahad, lapor Sputnik memetik media kerajaan.

Parti sayap kanan New Democracy mendahului parti berhaluan kiri, Syriza yang diketuai Tsipras, menurut laporan Kementerian Dalam Negeri.

Peratusan keluar mengundi melebihi 60%.

Selepas lebih 90% undi dikira, parti pemerintah memperoleh 40.81% undi dengan memenangi 146 daripada 300 kerusi Parlimen berbanding Syriza yang memperoleh 20.06% undi dan 71 kerusi.

Parti Pasok pula menduduki tempat ketiga dengan 11.58% undi dan 41 kerusi, diikuti Parti Komunis dengan 7.18% dan 26 kerusi serta Greek Solution memperoleh 4.46% dan 16 kerusi.

Tanpa majoriti langsung, undi berulang dijangka dijalankan semula.

Tsipras, bekas perdana menteri meminta Mitsotakis mencadangkan tarikh tentatif pengundian pada 25 Jun atau 2 Julai, menurut saluran berita ERT milik kerajaan.

Sementara itu, Mitsotakis menyifatkan keputusan undian itu “kemenangan besar dan jelas”.

Beliau melihat keputusan itu mandat jelas buat New Democracy mentadbir secara bersendirian dan akan berusaha mendapatkan majoriti mutlak dalam undian seterusnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.