Renjer maut, 3 cedera parah insiden serangan bom di Yala

Renjer maut, 3 cedera parah insiden serangan bom di Yala

Bom buatan sendiri dipasang pada tong gas itu diletup menerusi walkie-talkie.

Seorang renjer meninggal dunia apabila bom seberat antara 15 hingga 30kg meletup dalam siri serangan bom di Yala, selatan Thailand. (Gambar fail)
YALA:
Seorang renjer maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam insiden serangan bom di Bannang Sata, Yala, selatan Thailand, hari ini.

Ketua Polis Bannang Sata Ranon Surawit, berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi (waktu tempatan), sekumpulan anggota renjer sedang bertugas mengawal keselamatan orang awam di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati sebutir bom buatan sendiri seberat 15 hingga 30kg dipasang pada tong gas dan diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.

“Seorang renjer meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera parah dan digegaskan ke Hospital Bannang Sata untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sebuah rumah yang terletak berdekatan dengan tempat kejadian turut mengalami kerosakan.

“Polis sedang menjejaki dalang kejadian itu,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.