Mahkamah Agung Pakistan putuskan penahanan Imran Khan tak sah

Mahkamah Agung Pakistan putuskan penahanan Imran Khan tak sah

Hakim Athar Minallah juga menyifatkan cara bekas perdana menteri itu ditahan sebagai tidak boleh diterima.

Penahanan bekas perdana menteri Imran Khan atas dakwaan rasuah mencetuskan protes yang menyebabkan berpuluh-puluh penunjuk perasaan maut. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Mahkamah Agung Pakistan pada Khamis memutuskan penahanan bekas perdana menteri Imran Khan sebagai tidak sah dan memerintah beliau segera dibebaskan.

Imran ditahan oleh pasukan separa tentera di premis Mahkamah Tinggi Islamabad pada Selasa.

“Cara beliau ditahan tidak boleh diterima,” kata Hakim Athar Minallah, menurut laporan media tempatan.

Peguam bekas perdana menteri itu berkata penahanan Imran satu penganiayaan dan beliau turut menerima layanan yang buruk semasa dalam tahanan.

Penahanannya oleh Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) atas dakwaan kes rasuah mencetuskan protes dan penyokongnya menyifatkan tindakan itu sebagai sebahagian dendam politik.

Sejak itu, kira-kira 2,500 orang termasuk pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) ditahan dalam usaha kerajaan untuk menghentikan protes dengan bantuan tentera.

Imran menggesa penyokongnya bertenang dan bertindak secara aman.

“Kami hanya mahukan pilihan raya di negara ini,” katanya di mahkamah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.