Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja

Belgium beri elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja

Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai kepada penggunaan e-basikal dan 'speed pedelec'.

Individu berbasikal ke tempat kerja akan menerima elaun USD0.30 setiap kilometer, dengan had harian elaun ditetapkan pada 40km. (Gambar Twitter)
BRUSSELS:
Belgium akan memberi elaun kepada pekerja berbasikal ke tempat kerja bermula Isnin.

Bayaran elaun itu sebahagian daripada perjanjian dibuat firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari lalu, menurut Agensi Anadolu.

Mereka yang berbasikal ke tempat kerja akan menerima elaun €0.27 (USD0.30) setiap kilometer yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.

Had harian untuk elaun ditetapkan pada 40km, dengan bayaran dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.

Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai kepada penggunaan e-basikal dan “speed pedelec”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.