
“Kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pencemaran udara…sejak dalam kandungan hinggalah mereka mencapai usia dewasa,” menurut agensi berpangkalan di Copenhagen itu.
Pencemaran udara menyebabkan kanak-kanak berisiko tinggi dijangkiti penyakit kronik.
Justeru, pakar EEA berkata, pencemaran perlu ditangani dari akar umbinya dengan mengurangkan pelepasan oleh pengangkutan, industri dan pemanasan.
Antara langkah dilihat paling praktikal ialah meningkatkan kualiti udara di sekitar sekolah dan tadika, contohnya mewujudkan lebih banyak ruang hijau.
Walaupun terdapat peningkatan dalam usaha menangani pencemaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, paras bahan pencemar utama di kebanyakan negara Eropah masih melebihi had disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
EEA berkata, masalah sering berlaku terutamanya di kawasan bandar. Pada 2021, lebih 90% penduduk bandar di negara Kesatuan Eropah terpaksa hidup dengan paras zarah halus (PM2.5), ozon (O3) dan nitrogen dioksida (NO2) yang melebihi saranan WHO.