Pilihan raya presiden: Biden dijangka umum tanding semula minggu depan

Pilihan raya presiden: Biden dijangka umum tanding semula minggu depan

Joe Biden, 80, sebelum ini berulang kali menyuarakan hasrat mempertahankan jawatan presiden AS bagi penggal kedua.

Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dijadualkan pada 5 Nov tahun depan. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dilapor akan mengumumkan keputusan bertanding semula pada minggu depan, lapor Xinhua.

Beberapa media di AS termasuk The Washington Post, The Associated Press, dan Bloomberg, melaporkan berita itu, semalam.

Bagaimanapun, Rumah Putih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu.

Sebelum ini, Biden, 80, telah berulang kali menyuarakan hasratnya untuk bertanding semula, namun pengumuman rasmi mengenainya belum dibuat sehingga kini.

Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 Nov 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.