Seorang maut, 6 cedera tempat letak kereta runtuh

Seorang maut, 6 cedera tempat letak kereta runtuh

Kejadian berlaku di Manhattan, New York apabila sebahagian bangunan itu runtuh.

Beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan dan kini dilapor stabil selepas garaj tempat letak kereta empat tingkat runtuh di New York. (Gambar Twitter)
NEW YORK:
Seorang maut manakala enam lagi cedera selepas sebahagian bangunan di hilir Manhattan runtuh pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik pegawai kecemasan.

Garaj tempat letak kereta empat tingkat “ranap” sejurus selepas jam 4 petang, kata pegawai perbandaran.

Butiran mengenai kematian belum didedahkan manakala anggota bomba berusaha mengesan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap.

Beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan dan kini dilapor stabil.

Anggota bomba pada mulanya memasuki bangunan itu tetapi kemudian mengosongkan premis berkenaan selepas strukturnya dianggap tidak selamat.

Garaj itu dilaporkan dimiliki oleh Abacus Bank.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.