4 askar Indonesia hilang diserang hendap pemberontak

4 askar Indonesia hilang diserang hendap pemberontak

Mereka adalah 36 askar menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens.

Pemberontak di papua menjadikan juruterbang warga newzealand sebagai tebusan. (Gambar Bernama)
JAKARTA:
Sekurang-kurangnya empat tentera Indonesia dilaporkan hilang selepas diserang pemberontak di wilayah bergolak Papua.

Mereka adalah antara 36 askar menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di daerah berbukit dan pegunungan di Kabupaten Nduga pada Sabtu.

“Nasib empat anggota itu masih belum dapat dipastikan,” kata Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Yudo Margono dalam kenyataan.

Beliau juga mengarahkan askar bersiap sedia untuk tempur sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan yang digelar Free Papua.

Indonesia mengklasifikasikan kumpulan itu dan organisasi gabungannya di Papua, sebagai kumpulan pengganas pada 29 April 2021.

Yudo dan pegawai tentera tertinggi melawat wilayah itu pada Isnin untuk menilai operasi mencari dan menyelamat Mehrtens.

Dia diculik oleh kumpulan itu selepas mendaratkan pesawat komersial Susi Air di Lapangan Terbang Paro pada Februari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.