20 lelaki bersenjata serang pusat peranginan di Mexico, 7 maut

20 lelaki bersenjata serang pusat peranginan di Mexico, 7 maut

Seramai 3 wanita, 3 lelaki dan seorang kanak-kanak dilaporkan terbunuh apabila penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Seramai 20 orang lelaki bersenjata menyerang pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato, Mexico pada Sabtu. (Gambar fail)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata menyerang pengunjung di pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato, Mexico, menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Serangan itu dilaporkan berlaku di perbandaran Cortazar pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya tujuh orang, iaitu tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh apabila penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai di pusat peranginan itu, lapor Sputnik.

Suspek sempat mencuri beberapa kamera keselamatan dari resort itu sebelum melarikan diri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.