6 banduan ditemui tergantung di penjara Ecuador

6 banduan ditemui tergantung di penjara Ecuador

Media tempatan melaporkan sel banduan itu dikatakan bawah kawalan kumpulan penjenayah dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Perkhidmatan Berpadu Negara terhadap Individu Ditahan dan Pesalah Remaja berkata, pengawal keselamatan menemui semua mayat banduan itu tergantung dalam sel mereka di penjara Guayas 1. (Gambar AFP)
QUITO:
Enam banduan ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam sel mereka di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Rabu, menurut Perkhidmatan Berpadu Negara terhadap Individu Ditahan dan Pesalah Remaja (SNAI).

Menurut SNAI, pengawal keselamatan menemui semua mayat banduan itu tergantung dalam sel mereka di penjara Guayas 1 yang dikenali sebagai Litoral Penitentiary, lapor Xinhua.

“Perkhidmatan kami dan pihak berkuasa pusat itu sedia bekerjasama untuk sebarang prosedur dan siasatan,” menurut SNAI.

Media tempatan melaporkan sel banduan itu dikatakan bawah kawalan kumpulan penjenayah dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Sejak Februari 2021, kira-kira 214 banduan dibunuh di penjara yang terletak di bandar pelabuhan Guayaquil itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.