
Dua geng itu menjalankan sekolah latihan bola sepak yang merekrut belia dari keluarga kaya di luar negara dengan “harapan palsu” untuk dijadikan “bintang bola sepak”, kata polis dalam kenyataan.
Rangkaian yang beroperasi secara berasingan itu mengenakan bayaran muka lebih 5,000 euro (USD5,400) disusuli bayaran bulan sehingga 1,700 euro bagi setiap pemain.
Geng berkenaan mendakwa bayaran itu meliputi yuran tuisyen di sekolah-sekolah di Granada, selatan Sepanyol, selain makan, penginapan dan dokumentasi diperlukan untuk permit residensi.
Sebaliknya mangsa tinggal dalam keadaan sesak di rumah disediakan kelab berkenaan tanpa bekalan makanan mencukupi atau mendapat status penduduk sahih di Sepanyol, kata kenyataan itu.
Polis mengesyaki dua geng itu merekrut sehingga 70 belia kebanyakannya dari Brazil berusia antara 16 hingga 23 tahun.
Sebelas individu disyaki anggota geng itu ditahan manakala dua lagi turut disiasat bagi penglibatan mereka.
Polis memulakan siasatan selepas menerima aduan daripada seorang pemain yang direkrut salah satu rangkaian berkenaan.