Polis Israel lancar serbuan di Masjid Al-Aqsa

Polis Israel lancar serbuan di Masjid Al-Aqsa

olis Israel bertindak memecahkan tingkap dan menyerang jemaah selain menyerbu masuk ke dewan solat

Bulan Sabit Merah Palestin berkata tujuh orang cedera akibat tembakan peluru getah dan dipukul selepas polis Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa. (Gambar AP/ Mahmoud Illean)
BAITULMAQDIS:
Tujuh orang cedera selepas polis Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur pada Rabu.

Sekumpulan penduduk Palestin bertindak menghalang pendatang Yahudi menyerbu masuk ke dalam Dewan Solat Al-Qibli di Masjid al-Aqsa, lapor Agensi Anadolu.

Polis Israel bertindak memecahkan tingkap dan menyerang jemaah.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata tujuh rakyat Palestin cedera akibat tembakan peluru getah dan dipukul.

Polis Israel turut menahan 200 rakyat Palestin.

Tindakan Tentera Israel dan pendatang Yahudi yang sering kali melakukan serbuan ke atas Masjid Al-Aqsa dengan niat untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.