20 juta periuk api tak meletup hantui rakyat Iran di sempadan

20 juta periuk api tak meletup hantui rakyat Iran di sempadan

Jumlah besar periuk api itu tinggalan perang lapan tahun dengan Iraq dari 1980 hingga 1988.

Presiden Pusat Tindakan Periuk Api Iran, Mohammad-Hossein Amir-Ahmadi, berkata periuk api tertimbus di kawasan seluas 42,000km persegi merentangi lima wilayah di sepanjang sempadan barat dan barat daya negara itu. (Gambar Reuters)
TEHRAN:
Lebih empat juta orang di wilayah barat dan selatan Iran diancam periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Irna.

Iran mempunyai 20 juta periuk api dan bahan letupan yang tidak meletup akibat perang lapan tahun dengan Iraq dari 1980 hingga 1988, menurut Presiden Pusat Tindakan Periuk Api Iran, Mohammad-Hossein Amir-Ahmadi.

Bahan letupan itu tertimbus di kawasan seluas 42,000km persegi merentangi lima wilayah di sepanjang sempadan barat dan barat daya dengan lebih tiga juta telah dikesan dan dibersihkan.

Amir-Ahmadi berkata, periuk api dan sisa bahan letupan di negara itu setakat ini telah membunuh lebih 8,000 orang awam dan menyebabkan pengangguran, penghijrahan dari kawasan terjejas selain kemusnahan sumber alam sekitar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.