Kementerian Kesihatan Malawi keluar amaran virus Marburg

Kementerian Kesihatan Malawi keluar amaran virus Marburg

Pihak berkuasa Malawi menasihatkan rakyatnya berwaspada dan mengelak hubungan fizikal dengan individu disyaki dijangkiti Marburg.

Kementerian Kesihatan Malawi menggesa rakyatnya memakai sarung tangan dan alat pelindung diri bersesuaian semasa menjaga pesakit di rumah dan kerap mencuci tangan dengan sabun. (Gambar Wikipedia)
LILONGWE:
Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.

Menurut kenyataan kementerian, rakyat digesa berhati-hati dan mengelakkan hubungan fizikal yang rapat dengan mereka yang disyaki dijangkiti Marburg, lapor Xinhua.

Kementerian turut menggesa rakyat supaya memakai sarung tangan dan alat pelindung diri yang sesuai semasa menjaga pesakit di rumah, selain mengamalkan mencuci tangan dengan sabun dan air.

Menurut kenyataan itu, kementerian dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika akan terus memantau keadaan di Tanzania dan di rantau ini.

Kementerian juga akan mengemas kini maklumat untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.