Juruterbang enggan terbang, Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London

Juruterbang enggan terbang, Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London

Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan perdana menteri Israel itu menyusun semula sistem perundangannya yang mencetuskan protes besar-besaran.

Sumber kerajaan UK berkata, kebanyakan juruterbang enggan membawa Benjamin Netanyahu ke London. (Gambar AP)
MOSCOW:
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa menangguhkan lawatan ke London selama sehari kerana menghadapi masalah dengan beberapa juruterbangnya, Sputnik memetik laporan The Telegraph.

“Difahamkan kebanyakan juruterbang Israel enggan membawa Netanyahu ke United Kingdom,” menurut sumber kerajaan UK.

Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Beribu-ribu orang menyertai bantahan terhadap reformasi kehakiman di Israel yang sudah berlarutan hampir 11 minggu.

Draf undang-undang yang dibentangkan Menteri Kehakiman, Yariv Levin pada Januari lalu, jika diterima pakai, bakal menyekat kuasa Mahkamah Agung Israel dan memberi kebenaran kepada kerajaan mengawal prosedur pelantikan hakim.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.