Senator Australia dakwa ‘dikasari’ polis

Senator Australia dakwa ‘dikasari’ polis

Menerusi sebuah rakaman, Lidia Thorpe dilihat merempuh anggota polis untuk cuba melepasi mereka sebelum diheret oleh seorang anggota polis lelaki.

Rakaman kejadian menunjukkan Lidia Thorpe diheret oleh seorang anggota polis lelaki pada sebuah acara anti-trans di Canberra, Australia. (Gambar Facebook/Senator Malcolm Roberts)
SYDNEY:
Seorang senator Australia mendakwa pada Khamis bahawa beliau “dikasari” oleh polis pada sebuah himpunan di Canberra.

Senator bebas Lidia Thorpe dijatuhkan ke atas tanah semasa pergelutan dengan anggota polis pada sebuah acara anti-trans, di mana beliau melancarkan protes balas.

Rakaman insiden tersebut menunjukkan Thorpe merempuh anggota polis, cuba melepasi mereka menuju ke arah protes tersebut, sebelum diheret oleh seorang anggota polis lelaki.

Apabila anggota polis cuba membantu Thorpe, beliau cuba melepaskan diri dengan merangkak, sambil menjerit “Lepaskan saya!”, kemudian berjalan pergi.

Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata ia sedia maklum tentang perkara itu, dan perkara itu sedang disiasat.

“Interaksi antara AFP dan penunjuk perasaan akan disemak, dan satu insiden telah dirujuk kepada Komando Standard Profesional AFP,” kata polis dalam kenyataan.

Thorpe dikenali dengan tindak-tanduk prostesnya yang mencuri perhatian.

Baru-baru ini, beliau menghalang Perarakan Gay Pride Sydney dengan berbaring di atas jalan, sebelum dialihkan oleh polis.

Thorpe kemudian berkata, beliau memprotes penyertaan polis dalam acara tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.