
SAO PAULO: Empat orang terbunuh selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di sebatang jalan di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat.
Insiden berlaku pada 2:35 petang waktu tempatan di kejiranan Barra Funda di kawasan barat bandar itu, menurut ciapan bomba di Twitter.
Menurut media tempatan, helikopter Robinson R44 Raven II itu dimiliki sebuah syarikat pengangkutan udara, lapor Xinhua.
Sao Paulo mempunyai 411 helikopter persendirian berdaftar, dengan 2,200 perjalanan harian direkodkan untuk 2021, menurut Persatuan Juruterbang Helikopter Brazil.